30 Hari Untuk Melupakan Cinta

Novel terakhir Pingu Toha bersama Jemari Seni. :') Tapi bukan yang terakhir untuk dia terus menulis dan menulis lagi.

“Kadang, kita tak perlukan kekuatan untuk terus bertahan tapi kita perlukan keberanian untuk melepaskan.”

Misi ‘30 Hari untuk Melupakan Cinta’. Mahukah Eriq? Bolehkah dia? Mampukah dia? Selepas tiga tahun meroyan, Eriq rasa dia perlu buka buku baharu, orak langkah ke hadapan dan terus move on. Tinggalkan cinta lalu, kuburkan semua kenangan itu dan lupakan Manis yang bukan milik dia.

Eriq mahu move on. Eriq boleh lupakan Manis.

Eriq mampu raih bahagia sendiri.

Itulah janji Eriq apabila dia mendaftarkan diri untuk misi ‘30 Hari untuk Melupakan Cinta’.

“Untuk move on, kita perlukan masa.”

Tapi cukupkah tempoh 30 hari itu?

Bagaimana mungkin 30 tugas untuk 30 hari itu boleh buat Eriq lupakan Manis dan cinta mereka?

Kata Loverex lewat rantaian e-mel misteri hari demi hari, tugas demi tugas, jawapannya hanya ada pada Eriq seorang.

Dan Eriq bertanya lagi, selepas 30 hari nanti bagaimana pula?

“Kadang, yang payah itu bukan untuk melepaskan yang lalu tapi untuk memulakan yang baharu.”

Comments